Home Nasional Pembukaan Tadika Perpaduan, Taska Genius di negeri PKP ditangguhkan

Pembukaan Tadika Perpaduan, Taska Genius di negeri PKP ditangguhkan

Halimah Mohamed Sadique

KUALA LUMPUR – Operasi dan aktiviti Jentera Perpaduan iaitu Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Skim Rondaan Sukarela (SRS), Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan di negeri-negeri terbabit Perintah Kawalan Pergerakan (PKP ditangguhkan.

Arahan ini berkuat kuasa pada 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021.

Bagi KRT dan SRS di negeri-negeri yang dikenakan arahan Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB), Kementerian Perpaduan Negara mengarahkan penangguhan sementara sebarang jenis aktiviti komuniti termasuk operasi bantuan operasi penyelamatan banjir.

Menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, buat masa ini hanya KRT dan SRS di negeri-negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sahaja dibenarkan menjalankan aktiviti komuniti dan membantu operasi penyelamatan banjir mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.

Operasi Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan di negeri-negeri yang dikenakan tempoh PKP akan beroperasi selari dengan institusi pendidikan pra-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Tabika dan Taska KEMAS, Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

Arahan operasi ini adalah tertakluk juga kepada pematuhan SOP MKN dan KKM yang lebih ketat.

Menurutnya, bagi Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan di negeri-negeri yang dikenakan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), jadual operasi adalah serentak dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan KEMAS iatu Tabika Perpaduan akan mula beroperasi pada 20 Januari 2021 dan Taska Genius Perpaduan yang beroperasi pada 3 Januari 2021 dan 4 Januari 2021 akan terus beroperasi seperti biasa.

Halimah mengingatkan semua Jentera Perpaduan di semua negeri-negeri yang dikenakan arahan tempoh PKP, PKPB dan PKPP supaya mematuhi protokol kesihatan dan SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM serta arahan kerajaan negeri yang berkaitan. – MalaysiaGazette