Dalam tempoh dua hari pertama minggu ini rakyat dihidangkan dengan dua berita mengejutkan malahan menggusarkan banyak pihak. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negeri yang diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, sudah pasti memberi kesan yang besar kepada kehidupan rakyat.
Ramai pihak menyuarakan pendapat yang berbeza-beza ada yang menyokong ataupun membantah namun apa yang pasti apabila pelaksanaan semula PKP sudah pasti menjejaskan pendapatan dan merencatkan pergerakan rakyat.
Walaupun terdapat kelonggoran dan kerajaan telah menyenaraikan sektor ekonomi yang boleh beroperasi sepanjang PKP seperti pengilangan dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran serta perladangan dan komoditi. Namun, jika PKP berlarutan selepas tarikh berkuatkuasa sehingga 26 Januari ini berpotensi membuatkan banyak syarikat menanggung kerugian yang lebih besar malah lebih ramai bakal dibuang kerja yang kini kadar pengangguran mencecah hampir 1 juta orang.
Proklamasi darurat baru-baru ini juga sedikit sebanyak menganggu emosi dan mental rakyat jelata. Walaupun darurat ini tidak melibatkan perintah berkurung mahupun perundangan ketenteraan, juga pasti boleh mengganggu pertumbuhan ekonomi negara yang kian suram ditambah pula kebimbangan persepsi dan mesej yang dihantar kepada pelabur luar. Jelas sekali, pertumbuhan ekonomi Malaysia berada di bawah Filipina dan Vietnam.
Rakyat sedar apa yang dilaksanakan kerajaan termasuk mengisytihar darurat ini matlamatnya bagi mengekang penularan Covid19 yang kian tidak terkawal dengan kes harian melebihi 3000 kes sehari. Jika tidak bertindak segera, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelang Mac Malaysia akan mencatat 8000 kes positif sehari.
Jika itu berlaku, fasiliti KKM tidak mampu menampung jumlah pesakit yang ramai dan keadaan lebih buruk dan huru hara. Justeru, pelaksanaan PKP dan darurat adalah langkah awal bagi mengekang penularan covid19 di dalam komuniti serta dapat mengawal jumlah harian pesakit Covid19.
Walau bagaimanapun, kerajaan perlulah segera membantu poket-poket rakyat yang kian menipis. PKP ini juga pasti memberikan impak besar kepada peniaga serta syarikat terutamanya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Oleh itu, bagi mengelakkan kerugian sebanyak RM2.4 bilion sehari sama seperti PKP sebelum ini, kerajaan perlu memikirkan modul baharu atau memperkenalkan syarat lebih ketat (SOP) bagi membenarkan syarikat beroperasi.
Kerajaan juga patut melanjutkan program subsidi upah (PSU) agar syarikat mampu mengekalkan pekerja mereka. Kerajaan juga perlu memberikan ketetapan kepada semua bank agar melanjutkan moratorium selama 6 bulan secara pukal kepada rakyat.
Kerajaan juga mestilah memudahkan dan meluluskan pengeluaran wang KWSP i-Sinar kepada semua pemohon. Pemberian Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan insentif-insentif khas perlu disegerakan untuk membantu rakyat.
Komitmen, pematuhan dan kesabaran rakyat berhadapan dengan dugaan yang bertimpa ini perlu dibalas melalui pelaksanaan dasar yang menyeluruh bagi mengimbangi soal kesihatan dan ekonomi rakyat supaya alasan kerajaan melaksanakan PKP dan darurat ini benar-benar berhasil dalam mengekang wabak Covid19 dan bukannya untuk mencapai agenda tertentu serta dapat menangkis khabar-khabar negatif kepada kerajaan kerana
kepentingan rakyat mesti diutamakan.
Oleh Dr Aiman Datuk Ja’apar
Kau tulis rakyat cuma bimbang dgn pkp dan darurat? Habis mana lagi 93% suara rakyat yg risau sbb covid naik ke 3k sehari dan mahukan pkp dilaksanakan? Undian dlm talian catat 93% rakyat mahu pkp semula.
Sbb jika pkp, kami mungkin hilang duit 1 bulan. Pastu boleh kerja balik. Tp kalau kena covid, penulis bleh kasi gerenti ka nyawa kami selamat?
Apa yg penulis tulis banyak yg gomen dah buat. Penulis sekadar bg peringatan. Ceh.. ingatkan nk kasi idea baru.
Ingatnya Agung dan Raja2 tu tak tau berfikir ke sblm istihar darurat..??
Darurat politik sbnarnya… Sekadar mlepaskn tngkok.. Sptutnya Piem letak jwatan.. Covid mkin mnigkt ko dh fail tadbir.. Resign je lh.. Pntadbiran pling Lmbab dlm sjrh ngara