KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97 dan RON95, masing-masing naik sebanyak 5 sen seliter bagi tempoh 16 Januari 2021 sehingga 22 Januari ini, kata Kementerian Kewangan.
Dengan kenaikan itu, harga RON97 naik kepada RM2.19 seliter dan RON95 berharga RM1.89 seliter.
Manakala harga runcit diesel naik sebanyak 3 sen seliter daripada RM2.02 seliter kepada RM2.05 seliter.
Kementerian itu berkata, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan
kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette