KUALA LUMPUR – Agrobank mengumumkan program Bantuan Banjir yang bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan pelanggannya yang terkesan akibat
banjir.
Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Khadijah Iskandar berkata, bantuan tersebut meliputi penstrukturan dan penjadualan semula pembiayaan (R&R) serta penangguhan pembayaran balik pembiayaan sehingga enam bulan dan akan dinilai berdasarkan kes mengikut kes.
Pelanggan yang memerlukan maklumat lebih lanjut berkaitan bantuan pembayaran balik diminta menghubungi bank berkenaan. – MalaysiaGazette