Home SISWA UPM beri bantuan mangsa banjir di Pahang

UPM beri bantuan mangsa banjir di Pahang

Universiti Putra Malaysia (UPM) mengerakkan lebih daripada 100 staf dan pelajar dalam misi sukarelawan KPT-UPM ke Kg. Kuala Sentul, Maran, Pahang bagi membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa kawasan.

SERDANG – Universiti Putra Malaysia (UPM) mengerakkan lebih daripada 100 kakitangan dan pelajar dalam misi sukarelawan KPT-UPM ke Kg. Kuala Sentul, Maran, Pahang bagi membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa kawasan di situ.

Misi yang diketuai Ketua Bahagian Hal Ehwal dan Alumni, UPM, Nuruliman Ibrahim turut disertai Ketua Bahagian Perumahan dan Penempatan UPM, Mohamed Shukri Mohamed Noor; Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPM, Alif Akmal; wakil MPP, Fera Novianti; kakitangan dan felo UPM.

Universiti Putra Malaysia (UPM) mengerakkan lebih daripada 100 staf dan pelajar dalam misi sukarelawan KPT-UPM ke Kg. Kuala Sentul, Maran, Pahang bagi membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa kawasan.

Naib Canselor UPM, Prof. Dr. Roslan Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada kakitangan dan pelajar yang terlibat dalam misi itu dan berharap khidmat bakti yang dihulurkan dapat memberi sedikit kelegaan kepada mangsa banjir.

“Saya berharap bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat membantu mangsa banjir dan diharapkan sifat cakna daripada staf dan pelajar UPM akan diamalkan secara berterusan untuk meningkatkan lagi budaya prihatin dalam menangani krisis bencana alam di Malaysia,” katanya.

Universiti Putra Malaysia (UPM) mengerakkan lebih daripada 100 staf dan pelajar dalam misi sukarelawan KPT-UPM ke Kg. Kuala Sentul, Maran, Pahang bagi membantu meringankan beban mangsa banjir di beberapa kawasan.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UPM, Prof. Dr Arifin Abdu berkata, misi kesukarelawan itu memberi tumpuan kepada bantuan kewangan, keperluan harian dan pembersihan kawasan perumahan yang terjejas teruk akibat banjir.

“Misi itu adalah salah satu wadah dalam usaha memberi peluang kepada staf dan pelajar UPM untuk berkhidmat dan berbakti kepada komuniti dan masyarakat, di samping menyahut seruan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk menghasilkan graduan kental masa hadapan yang terlibat sama dalam misi dan program seperti ini,” katanya. -MalaysiaGazette