Home Sukan Gaji Eriksen jadi kekangan untuk kembali ke Spurs

Gaji Eriksen jadi kekangan untuk kembali ke Spurs

Eriksen kini dalam radar Red Devils menjelang jendela perpindahan Januari 2021.

MILAN – Christian Eriksen dilaporkan mahu meninggalkan Inter Milan dan kembali bersama kelab lamanya Tottenham Hotspur.

Namun satu-satunya isu yang menjadi penghalang kepada pemain Denmark itu untuk pulang kepada skuad asalnya adalah tuntutan gaji mingguan.

Eriksen kecewa dengan situasi semasa di Inter Milan dalam Serie A Itali.

Pemain itu meletakkan Spurs yang kini dikendalikan Jose Mourinho sebagai opsyen utama menghidupkan semula kariernya di dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Bagaimanapun wartawan sukan terkemuka Itali, Fabrizio Romano, ajen pemain berkenaan sedang mencari penyelesaian tetapi wang menjadi masalah besar kepada Eriksen.-MalaysiaGazette