Home Politik Pemuda Pas gesa tindakan tegas ke atas Anwar kerana derhaka

Pemuda Pas gesa tindakan tegas ke atas Anwar kerana derhaka

Kenderaan yang membawa Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang keluar selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah melalui pintu 2 di Istana Negara, Kuala Lumpur. foto AFIQ HAMBALI, 13 OKTOBER 2020.

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dikenakan tindakan tegas kerana menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong apabila menolak pengisytiharan darurat yang dibuat baru-baru ini.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas, Nasir Helmi berkata, mana-mana pihak sekali pun tidak wajar mempertikaikan keputusan yang telah dibuat oleh Agong baru-baru ini yang jelas dibuat demi mengekang penularan wabak Covid-19.

“Pemuda Pas menggesa tindakan tegas diambil terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta mana-mana individu yang terus menerus menanam keraguan serta mempertikai keputusan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam mengekang wabak Covid-19.

”Pemuda Pas juga menyatakan komitmen mendukung sepenuhnya usaha kerajaan dan akan mengerah kesemua ahlinya untuk terus membantu dalam apa jua sudut sehingga wabak ini berjaya dikawal dengan baik,” katanya menerusi kenyataan.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dan Presiden PKR, ujar Nasir sepatutnya bertindak rasional dan tidak mengajak semua Ahli Parlimen untuk menderhaka terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Katanya lagi, usaha mendesak darurat ditolak merupakan usaha mempertaruhkan nyawa rakyat dan ianya dilihat merupakan pengkhianatan terbesar.

“Pemuda Pas menzahirkan rasa marah dan kekecewaan yang teramat kepada Ketua Pembangkang, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tindakannya mengajak semua Ahli Parlimen menderhaka dan menentang Proklamasi Darurat ini.

”Namun sebaliknya berlaku, beliau memilih untuk menjadi batu api dan mengheret rakyat ke arah kegusaran. Tanpa segan silu, beliau menjadikan keselamatan rakyat sebagai taruhan sekali lagi, demi mencapai cita-cita peribadinya,” katanya menerusi kenyataan.

Pada waktu ini polemik politik sepatutnya dihentikan, sebaliknya semua pemimpin daripada pelbagai pihak perlu bersatu hati untuk menyokong usaha kerajaan mengekang penularan Covid-19 yang membimbangkan.

“Seharusnya pada waktu inilah kita berhenti berpolemik dan bersatu hati, meneruskan segala idea dan rancangan bagi melandaikan lekuk jangkitan Covid-19. Malah kerajaan telah bersikap terbuka dengan mengajak wakil pembangkang untuk bersama dalam Jawatankuasa Khas Bebas yang akan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk meneruskan atau menghentikan darurat,” tambahnya.

Namun katanya lagi, Anwar kelihatan tergesa-gesa untuk menolak Proklamasi Darurat apatah lagi apabila Pengerusi Pakatan Harapan itu membuat gesaan tersebut tanpa idea yang lebih bernas.

“Cadangan gopoh serta tidak bijak Anwar Ibrahim untuk menolak Proklamasi Darurat ini juga langsung tidak disertakan dengan idea lain, selain daripada mendesak untuk diadakan Persidangan Parlimen dalam keadaan rakyat sedang diancam jangkitan wabak.

”Setakat hari ini, sudah lima orang Ahli Parlimen dijangkiti wabak Covid-19. Masih perlukah sidang Parlimen diadakan? Dan apa muslihat Anwar mendesak persidangan Parlimen?

”Untuk jatuhkan kerajaan melalui undi tidak percaya? Tidak cukupkah kita dengan apa yang berlaku di Sabah selepas kerajaan dijatuhkan, dan seluruh rakyat terpaksa menanggung akibatnya?” soalnya.-MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Bagus pemuda pas ..jalankan kerja ..sementelah pun ketua awak semua dah upgrade kepada ketua pemuda pN . Kena lah kulum ketat ketat ..peduli apa disebalik maksud tersirat ..

  2. baru jadi pm tepi dn menunggu…dah tunjuk KURANG AJAR serta ego LEBIH kuasa nak derhaka dn perlekehkan YDPA tanpa rasa ada KEMALUAN untuk menidakkan kebajikan rakyat..Ketua hakim negara dn Peguam Negara ambil tindakan serius pada anwarfikun dn konconya…dilucutkan sebagai MP dan warganegara,,,,teringat dalil seorang MP jika tidak suka dgn perlembagaan dan undang2 Malaysia sila keluar dari Malaysia dn cari negara lain.
    masih ada yang sanggup mati berdiri duduk melutut bersama anwarfikun pkr dn pankhianat utk memperjuangkan falsampahnya…..inikah insan yang tergila2 utk diangkat Penyokong2nya sebagai pm yg penuh dgn isu-isu kemunafikannya

  3. Orang lain mudah derhaka. Pas tolak panggilan sultan kerana lebih patuh kepada keputusan parti pun tidak derhaka. sebab parti islam lebih tinggi dari sultan.

  4. SHAFIE BEDALyg tidak AFDAL…GENCATAN POLITIK telah diSUARAKAN supaya PRN SABAH TIDAK DIADAKAN…tetapi KAMU dan warisan Pakatan Hancing…rasa EGO utk membubarkan DUN SABAH. jgn nak salahkn kjaan isytihar DARURAT….KERANA GILA KUASA SHAFIE BEDAL WARISAN kes COVID MENCANAK NAIK HINGGA HARI INI…kluster sabah. Malah Warisan isytihar Covid dn kematian pasukan keselamatan sebagai wayang SANDIWARA.

    pembangkang tetap menyalahkan dn perlekehkan…Darurat 2020 DITOLAK YDPA…pm diserang sebagai Lemah dn hilang sokongan…DARURAT 2021 DIKUATKUASA…PM dituduh tiada maruah selamatkan diri sendiri…boneka ydpa dn berpaut pada dinding pagar istana…rujuk salah udin ayub naib pres..am NANAH Dan ANWARFIKUN..P arti K hianat R eformasi

Comments are closed.