Home Nasional 477 premis perniagaan diberi amaran buat penambahbaikan SOP PKP

477 premis perniagaan diberi amaran buat penambahbaikan SOP PKP

KUALA LUMPUR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah mengeluaran amaran kepada 477 premis perniagaan untuk membuat penambahbaikan segera terhadap pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintahan Kawalan Pergerakan (PKP) dalam pemeriksaan yang dilakukan sepanjang tempoh PKP dikuatkuasakan hingga 16 Januari lalu,

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, selain itu sejumlah 7,355 premis perniagaan telah diberikan nasihat untuk
menambahbaik dan mengekalkan pematuhan secara konsisten semasa beroperasi.

“KPDNHEP telah menggariskan gerak kerja untuk melaksanakan penguatkuasaan di bawah akta ini 9Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit [Akta 324] ) dengan menetapkan kompaun sebanyak RM1,000 boleh dikenakan sekiranya berlaku ketidakpatuhan terhadap SOP PKP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Alexander, sepanjang tempoh tersebut KPDNHEP Negeri dan Daerah telah melaksanakan pemeriksaan ke atas 321,850 premis perniagaan.

Tambah beliau, situasi kedudukan bekalan dan harga barang keperluan pengguna turut diperiksa semasa lawatan itu berikutan aduan yang diterima berhubung harga minyak masak botol bersaiz 5 kilogram di pasaran yang dikatakan dijual pada harga lebih tinggi.

Ujarnya, KPDNHEP komited memastikan keberadaan bekalan minyak masak bersubsidi di pasaran menerusi pemantauan ke atas pengilang dan syarikat pembungkus minyak masak, mengaudit di setiap rantai bekalan minyak masak serta menjalankan pemeriksaan harian di peruncit, pemborong dan pasaraya.

Katanya, seb anyak enam  notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 telah dikemukakan kepada peniaga untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung kenaikan yang berlaku dan mengesan sekiranya wujud sebarang elemen pencatutan. – MalaysiaGazette