
LONDON – Leicester semakin menghampiri pendahulu Liga Perdana Inggeris Manchester United dengan jurang hanya satu mata selepas kemenangan 2-0 ke atas Southampton.
Jaringan James Maddison pada minit ke-37 meletakkan skuad kendalian Brendan Rodgers di depan yang mana pemain tengah itu meraikannya mengikut protokol ditetapkan.
Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi:
Fulham 0 Chelsea 1
Leeds 0 Brighton 1
West Ham 1 Burnley 0
Leicester 2 Southampton 0
– MalaysiaGazette