Home Sukan Barcelona tewas final Piala Super Sepanyol, Messi dibuang padang

Barcelona tewas final Piala Super Sepanyol, Messi dibuang padang

Messi dibuang padang dalam aksi kalah menentang Athletic Bilbao selepas tewas dalam perebutan Piala Super Sepanyol

MADRID – Buat pertama kali dalam karier pemain Barcelona, Lionel Messi menerima kad merah pada finalr Piala Super Sepanyol.

Dalam aksi penuh dramatik itu, Barcelona tunduk 2-3 kepada Athletic Bilbao.

Ia merupakan penampilan ke 753 untuk penyerang Argentina itu  bagi pasukan Barcelona dan dia dilihat sengaja mengkasari penjaring gol kemenangan pasukan lawan Villalibre yang menendang keluar bola pada minit ke-120.

Sistem Video Pembantu Pengadil (VAR) mengesan helahan Messi disusuli dengan layangan kad merah kepada pemain itu.

Pada aksi itu, Barcelona dua kali berada di hadapan menerusi jaringan Antoine Griezmann pada minit ke-40 dan 77 namun namun pasukan lawan menyamai kedudukan melalui jaringan Oscar de Marcos (minit ke-42 )dan Villalibre (minit-ke-90).

Inaki Williams menjadi wira Athletic Bilbao apabila menjaringkan gol kemenangan selepas tiga minit perlawanan berlangsung dalam masa tambahan.

Ia merupakan piala kedua Athletic Bilbao sejak 1985.

Messi pernah dibuang padang ketika beraksi ketika Argentina menentang Hungary pada 2005 dan aksi kalah mati ketika bertemu Chile pada Piala Copa Amerika tahun lalu.

Messi digantung sekurang-kurangnya empat aksi domestik La termasuk aksi piala super. – MalaysiaGazette