Home Sukan EPL : Man City lonjak ke tangga kedua selepas tewaskan Palace

EPL : Man City lonjak ke tangga kedua selepas tewaskan Palace

John Stones menjaringkan gol pertamanya di Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk Everton ketika menentang Manchester United pada April 2015 lalu. foto agensi

LONDON – Dua gol John Stones membantu Manchester City menewaskan Crystal Palace 4-0, di Stadium Etihad awal pagi tadi, sekali gus menghidupkan semula peluang meraih gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Kemenangan itu membolehkan skuad kendalian Pep Guardiola melonjak ke tangga kedua liga.

Sejam selepas juara bertahan Liverpool dan pendahulu liga Manchester United terikat seri tanpa jaringan, City menggunakan peluang untuk merapatkan kedudukan dengan kedua-dua pasukan itu yang hanya dibezakan dengan dua mata.

Stones membuka tirai jaringan dengan menanduk hasil hantaran silang Kevin de Bruyne pada minit ke-26.

Pasukan tuan rumah terus menguasai permainan pada separuh masa kedua dengan melebarkan jaringan menerusi ledakan Ilkay Gundogan dari penjuru kotak penalti untuk gol kedua pada minit ke-56.

Stones terus menambah derita Palace dengan menjaringkan gol keduanya pada minit ke-68 hasil daripada sepakan sudut sebelum sepakan percuma Raheem Sterling melencung menggegarkan jaring dua minit sebelum perlawanan tamat untuk gol keempat City.

Pasukan bimbingan Guardiola yang bermain kurang satu perlawanan daripada jirannya yang kini menerajui liga, Manchester United, akan menduduki tangga pertama jika memenangi perlawanan seterusnya.

Kekalahan pada awal pagi tadi menyaksikan Palace kekal di tangga ke-13. – MalaysiaGazette