Home Seni Hidup Mawar, anak bebas Covid-19

Mawar, anak bebas Covid-19

Foto Instagram Mawar Karim.

KUALA LUMPUR – Peniaga tudung, Mawar Karim bersama anak perempuannya, Wan Maryam disahkan bebas Covid-19.

Dua beranak sebelum itu telah menjalani rawatan serta kuarantin di sebuah hospital sejak awal bulan ini.

Terbaharu, menerusi satu perkongsian di Insta Story semalam, bekas isteri pelakon Fizo OmarĀ itu memaklumkan sudah pun keluar dari hospital selepas disahkan pulih dari wabak tersebut.

Dalam entri tersebut, Mawar turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan dirinya dan juga anaknya serta memberikan kata-kata semangat.

Mawar turut berkongsikan simptom yang dialaminya apabila dijangkiti virus tersebut.

Jelas ibu tunggal itu, dia turut berdepan dengan sesak nafas dan sakit kepala. Namun, beliau lega anaknya tidak mengalami apa-apa simptom selain demam.

Mawar dan Fizo berkahwin pada November 2013 namun rumah tangga mereka hanya mampu bertahan selama enam tahun apabila bercerai pada Julai 2019.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam kini berusia empat tahun.- MalaysiaGazette