Home Seni Hidup MyFundAction bantu mangsa banjir di Pahang

MyFundAction bantu mangsa banjir di Pahang

Pengurus Cawangan MyFundAction, Pahang, Intan Najiha Akhmar Saharuddin memberikan kotak rezeki yang mengandungi bahan keperluan asas kepada salah seorang mangsa banjir di Pahang baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) telah menyalurkan bantuan keperluan asas kepada mangsa banjir di Pahang baru-baru ini.

Ia diadakan dengan kerjasama Food For Hunger dan Pertubuhan Kesihatan Jantung Malaysia (MyHeart) serta beberapa lagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Misi kali ini memfokuskan kepada bantuan keperluan asas dikenali Rezeki Umat (RU) yang mengandungi barangan keperluan asas isi rumah berupa beras, tepung, gula, minyak, susu, sardin dan beberapa barangan yang lain.

“Sebanyak 2,000 set RU telah dibawa ke kawasan yang terjejas teruk akibat banjir, antaranya daerah Temerloh, Mentakab, Pekan dan Kuantan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, MyFundAction juga mengedarkan pek makanan siap sedia dimakan kepada beberapa Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang terlibat serta menyediakan bantuan kesihatan berupa hygiene kit kepada semua mangsa.

Edaran hygiene kit di PKOB Bera yang bertempat di SMK Seri Bera oleh Pengurus Cawangan MyFundAction Pahang, Intan Najiha Akhmar Saharuddin.

Walaupun jumlah mangsa semakin berkurangan namun seramai 11,413 mangsa masih berada di PPS di sekitar negeri Pahang.

Sesiapa yang ingin menderma atau memberikan sumbangan bantuan untuk musim banjir, boleh dilakukan menerusi talian online di https://www.billplz.com/TabungBanjir_A01 dan bagi sumbangan secara manual boleh menyalurkan bantuan di bank akaun rasmi Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction)  564294307891 Maybank. – MalaysiaGazette