Home Nasional Netizen kritik Azmin, dakwa langgar PKP di Pengerang

Netizen kritik Azmin, dakwa langgar PKP di Pengerang

Berita Mohamed Azmin Ali yang menyertai gotong-royong di Pengerang dilaporkan Bernama, semalam.

KUALA LUMPUR – Gambar tular Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berada di Pengerang, Johor semalam ketika enam negeri dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dipersoal dan dikecam oleh netizen.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menerusi Twitter Bernama semalam menghadiri program gotong royong membersihkan Surau Al-Jamaliah di Kampung Bukit Raja Darat, Sungai Rengit.

Bagaimanapun ciapan itu telah dipadamkan oleh agensi berita tersebut kemudiannya.

Menerusi Facebook Suara Rakyat, rata-rata netizen menyifatkan tindakan Mohamed Azmin menentang arahan yang dibuat oleh kerajaan sendiri menunjukkan negara ini ada dua set undang-undang – satu untuk rakyat, satu untuk menteri.

Malah, tidak kurang yang marah kerana mendakwa menteri-menteri yang melanggar undang-undang, akhirnya rakyat yang dipersalahkan.

 

Pemilik akaun bernama Mas Mat berkata: ”Mas Mat
Kalau rakyat biasa dh kena saman dh..1000 ooooo … Duit pun x dak nk bayar saman sebab kerja pun x ada…
Ini mangkuk menteri gaji puluh 2 ribu langgar arahan pun tetap di puji.. Malahan tiada pulak saman.. Sebaliknya di minta sign autograph 😂”.

Rosly Aishah pula berkata: “Jelas PM not in control”.

”Suruh Ismail Sabri Yaacob dan PM jelaskan perkara ini. PKP dan SOP adalah untuk siapa? Menteri di kecualikan dari PKP dan SOP. Yang bayar denda RM1,000 semua rakyat biasa. Thaipusam dibatalkan. Mungkin Tahun Baru Cina pun tidak di batalkan. Tapi Menteri sudah tunjuk contoh tidak baik. Suruh Ismail Sabri Yaacob yang asyik salahkan rakyat membuat penjelasan. Lain kali rakyat kena saman RM1,000 kerana langgar SOP PKP, jangan bayar. Bawa ke Mahkamah dan tanya mahkamah kenapa ada double standard di Malaysia. Mana Rule of Law,’‘ ujar Ranny Nur.

Seorang netizen yang menggunakan akaun Hashum Shahrul dengan nada sinis berkata: ”Tapi untuk cari kerusi parlimen baru ….amat penting …tak kiralah langgar PKP ke darurat ke apa….ini soal survival ape ?!?!?”.

Sementara itu, Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir menerusi ciapannya berkata: “Khabarnya ada makan-makan di Pengerang?

Bukankah PKP rakyat biasa nak makan di kedai pon tak boleh?Adakah sebab menteri?,” ujarnya.

Sementara itu, adik Mohamed Azmin, Azwan Ali pula menerusi Tik Tok turut mempersoalkan tindakan menteri tersebut.

Katanya, kebanyakan bisnes merudum kerana mematuhi arahan kerajaan semua premis perniagaan diarah ditutup pada jam 8 malam.

“Yang kau menggelupur ke Pengerang,” menurutnya.

Menurut admin Suara Rakyat, bayangkan kalau rakyat sendiri yang buat gotong-royong ketika PKP sekarang ni.

“Macam lipas kudung pihak berkuasa akan bertindak tangkap dan saman mereka. Tapi kalau menteri langgar SOP, PKP, sendiri faham yer…,” katanya.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Ini Show saja. Nak dapat pancing undi.
    Sekarang masa PKP boleh ke buat gotong royong? Klu mcm ni, ramai nak senaman buat kerja ni sbb boleh keluar dari rumah???? Atau mcm double standard saja……

Comments are closed.