KUALA LUMPUR – Pelawak Shuib Sepahtu mengambil keputusan untuk mengundurkan diri daripada menjadi penyampai radio di Hot FM selepas dua tahun berkhidmat di stesen itu.
Berita sedih itu diumumkan semasa siaran Geng Pagi Hot (GPH) pagi tadi.
Menurut Shuib, dia sudah lama memikirkan mengenai perkara itu untuk memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap peniagaan yang dijalankan.
Menerusi video dikongsi, Shuib seakan tidak sampai hati untuk memaklumkan kepada rakan setugas dan pendengar setia mengenai perkara tersebut yang turut disifatkan sebagai satu keputusan drastik.
Pengumuman itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang akui terkejut dan turut merasa sedih di atas keputusan tersebut.
Bagaimanapun, rata-rata mereka mengucapkan terima kasih selama dua tahun menghiburkan para pendengar serta mendoakan semoga berjaya dalam urusannya kelak. – MalaysiaGazette