Home Utama Warga Bangladesh guna nama isteri jual ubat seludup, tiruan

Warga Bangladesh guna nama isteri jual ubat seludup, tiruan

KUALA LUMPUR – Taktik seorang lelaki warga Bangladesh selama lebih 10 tahun menggunakan nama isterinya seorang rakyat tempatan melakukan kerja-kerja terlarang di Ipoh, Perak akhirnya terbongkar baru-baru ini. 

Antara kerja terlarang itu termasuklah membawa masuk ubatan-ubatan import dari luar negara yang tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selain menghasilkan produk tiruan.

Selain itu lelaki itu juga dikatakan menghasilkan rokok tiruan (chewing tobacco), akij beedi (curut) dari India serta menjualnya secara haram terutamanya untuk pelanggan warga India dan Bangladesh.

Apa yang lebih membimbangkan, suspek juga terlibat dengan ubat tiruan muka seperti jenama terkenal yang mungkin membahayakan pengguna.

Baru-baru ini sumber MalaysiaGazette mendedahkan sindiket didalangi lelaki itu berjaya dibongkar sebelum beberapa premis yang didaftarkan atas nama isterinya diserbu di Ipoh.

Kata sumber itu, tindakan telah dilakukan oleh Jabatan Kastam Malaysia bersama-sama Jabatan Kesihatan Perak menyerbu lima premis yang telah didaftarkan atas nama isterinya.

“Sekurang-kurangnya 15 produk seludup, tiruan, tanpa hologram dan nombor pendaftaran KKM telah disita ketika ini. Kes ini masih lagi dalam siasatan tetapi kita telah bertindak atas maklumat yang telah disalurkan kepada kita, buat pemantaun selepas mendapat aduan tidak kurang 60 hari, tunggu masa kemudian serbu.

“Lain-lain maklumat kita tidak boleh beri ketika ini,” katanya.

Dalam pada itu, MalaysiaGazette turut diberikan beberapa keping gambar serbuan serta video operasi berkenaan yang turut menggegarkan penduduk setempat.

Difahamkan pihak berkuasa ketika ini sedang giat mengesan kilang pemprosesan bahan-bahan tiruan itu manakala isteri kepadasuspek ditahan dan dilepasan dengan jaminan.

Turut ditahan untuk siasatan beberapa lelaki warga asing ketika serbuan dilakuan namun status terhadap mereka belum dapat disahkan. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Padahnya warga asing hanya untuk kerja 3D bagi menyara anak-bini warga tempatan dibenarkan berniaga pulak. Justeru, majority pribumi Melayu terhad ke minority DEB 30% equity ekonomi yang sangat rendah lagi memalukan di mata antarabangsa.

Comments are closed.