
KUALA LUMPUR – Pelakon, Janna Nick telah menimbulkan spekulasi apabila dia memuat naik kapsyen dan gambar dan Instagram miliknya.
Hantaran berbunyi tarikh 2 Februari 2021, ia seakan-akan memberi gambaran akan bertunang atau berkahwin dengan kekasihnya, Dini Schatzmann.
“Can’t wait 2.2.2021 너랑 더 오래 같이 있고 싶어 (Saya mahu bersama awak lebih lama).
“Please enjoy being single ok ! @dinischatzmann
,” tulisnya.
Pada November lalu, Janna Nick mengakui sedang bercinta dengan pelakon baru berdarah kacukan itu.
Janna berkata, hubungannya dengan aktor terbabit mula serius sejak Jun lalu. – MalaysiaGazette