MGNews : Pakej Permai Ada Yang Puas Hati, Ada Yang Perlu Ditambah Baik

Pelbagai inisiatif dilaksanakan oleh kerajaan bukan sahaja dalam mengekang penularan wabak Covid-19 malah penyaluran bantuan demi bantuan agar seluruh rakyat dapat meneruskan kelangsungan hidup mereka.

Terbaharu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelan merangsang ekonomi bernilai RM15 bilion di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) iaitu pakej bantuan kelima kepada rakyat.