PAS menyokong langkah kerajaan yang mengisytiharkan darurat politik dalam usaha menangani penularan Covid-19.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pengisytiharan darurat itu merupakan langkah terbaik dalam menangani kemelut politik di negara ini yang dilihat tidak menentu.
Katanya, langkah memutuskan untuk mengisytihar darurat dibuat secara matang apabila dilantik satu jawatankuasa khas untuk memantau keadaan darurat itu.