Home Politik Penerima BSH, BPN patut diberi BPR secara automatik – MCA

Penerima BSH, BPN patut diberi BPR secara automatik – MCA

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan modus operandi baharu sindiket penipuan yang menggunakan nama pegawai lembaga itu bagi membuat perolehan serta pembelian aset daripada syarikat perabot.-Gambar Hiasan.
KUALA LUMPUR – Kerajaan sepatutnya memberikan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) secara automatik kepada semua penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 dan Bantuan Prihatin Negara (BPN) 2.0 tanpa perlu mengemas kini butiran peribadi.
Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) sedang dibuka untuk permohonan dan kemaskini butiran peribadi mulai 15 Januari lalu hingga 15 Februari ini.
Setiausaha Agung Pemuda MCA, Daniel Wa Wai How berkata, permohonan baharu hanya perlu dibuat oleh individu yang tidak pernah menerima bantuan selama ini.
Langkah ini bagi mengelakkan pemohon berkumpul beramai-ramai di Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, sekaligus dapat mengurangkan masalah yang mungkin timbul di kemudian hari.
Katanya, walaupun kerajaan membenarkan permohonan BPR dibuat secara atas talian, namun ada segelintir masyarakat termasuk warga emas tidak mahir menggunakan teknologi dan mungkin perlu meminta bantuan orang lain, sekali gus boleh mendedahkan mereka kepada risiko tertentu yang memudaratkan.
Oleh itu, pihak kerajaan perlu melakukan sesuatu dalam usaha mengelakkan wujudnya  kluster baharu Covid-19. – MalaysiaGazette