KUALA LUMPUR – Pekerja rider atan penghantar barang merupakan antara golongan yang khidmat mereka amat diperlukan ketika Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini.
“I just think that I needed to share this too. Kepada rider-rider yang gigih bekerja terutama time PKP ni , pagi petang siang malam untuk sara kehidupan, jangan lupa membuat caruman (Perkeso) ok?
“Kami sayang anda. Dan anda harus sayangi keluarga anda,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Sementara itu, pelakon berkenaan turut berkongsi mengenai dirinya yang pergi mengambil barang daripada rider.
“Selama ini bila order apa-apa, Kak Ha yang turun ambilkan barang. Semalam Nora sendiri turun, tengok kusut masai lunyai dah rider-rider sibuk menghantar barang sana sini untuk keperluan kita semua,” katanya. – MalaysiaGazette