Home Politik Tun M yang cipta Proklamasi Darurat, beliau juga membantahnya – Shabery

Tun M yang cipta Proklamasi Darurat, beliau juga membantahnya – Shabery

Ahmad Shabery Cheek

KUALA LUMPUR – Semasa Kelantan mengisytiharkan darurat pada tahun 1977, cadangan itu terlebih dahulu dibentang dalam Sidang Khas Parlimen.

Ertinya, hanya kerajaan yang ada sokongan majoriti di Parlimen sahaja boleh mengisytiharkan darurat.

Bagaimanapun, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, pindaan darurat di bawah Perlembagaan telah dibuat pada awal tahun 1980.

Menurutnya, pindaan itu dibuat pada awal pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memudahkan Perdana Menteri menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat.

Semasa pindaan itu dibuat, Ahmad Shabery berkata, dia masih di universiti dan dalam kalangan aktivis mahasiswa banyak membincangkannya kerana ia menjadi isu besar.

”Saya tidak sangka hanya dalam tahun 2021, 40 tahun kemudian peruntukan ini baru digunakan,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Cuma, Ahmad Shabery tidak menyangka individu yang membuat pindaan itu membantahnya.

”Paling tak sangka yang membantahnya pula ialah orang yang menciptanya,” katanya.

Semalam, Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diasaskan oleh Mahathir akan menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon darurat ditarik balik.

Ia akan dibuat selewat-lewatnya esok.

Timbalan Presiden Penaja Pejuang Marzuki Yahya berkata, surat itu akan mewakili permintaan kesemua empat orang ahli Parlimen parti itu. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Darurat oleh kerajaan yg ada majority.. Awat hang ngok sngt sabreyy cekkk… Yiddin ada mjoriti ka

  2. xkn xleh baca wayang si saka tua puaka tu,
    dia saja nak tunjuk kt semua org yg dia xde kena mengena ngan si mudim,
    xnk bagi kantol yg si mudim hanya barua dia,

  3. Datuk q…cube Bace abis2…Shabery ckp sebelum tun m pinda akta darurat…dulu PM yg ada majoriti je bole buat darurat..lepas tu tun yg pinda bg kuasa penuh PM isytihar darurat tanpa sidang di parlimen..so..betul la…tun yg pinda..tun yg bantah…ko yg Ngok datuk Q..

Comments are closed.