Covid-19 Rekod Kluster Tertinggi, Kes Baharu Melonjak #MGFlash

Kes harian Covid-19 melonjak semula dengan sejumlah 4,008 kes direkodkan hari ini, iaitu catatan kedua tertinggi sejak wabak tersebut menular di negara ini Januari tahun lalu.

Daripada jumlah tersebut 4,003 kes adalah jangkitan tempatan manakala lima lagi kes import.