Home Ekonomi Institusi perbankan diberi lanjutan fleksibiliti guna MGS, MGII

Institusi perbankan diberi lanjutan fleksibiliti guna MGS, MGII

Logo Bank Negara Malaysia

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia melanjutkan fleksibiliti bagi institusi perbankan menggunakan MGS dan MGII untuk memenuhi pematuhan SRR sehingga 31 Disember 2022.

Fleksibiliti ini yang telah diumumkan pada 5 Mei 2020 kini terpakai sehingga 31 Mei 2021.

Menurutnya, Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) kekal tidak berubah pada 2.00%.

”Keputusan untuk melanjutkan fleksibiliti ini merupakan sebahagian daripada usaha Bank Negara Malaysia yang berterusan untuk memastikan mudah tunai adalah mencukupi bagi menyokong aktiviti pengantaraan kewangan,” katanya di sini.

Sejak bulan Mac 2020, pengurangan nisbah SRR sebanyak 100 mata asas dan fleksibiliti untuk menggunakan MGS dan MGII sebagai sebahagian daripada pematuhan SRR telah menambah kira-kira RM46 bilion mudah tunai ke dalam sistem perbankan.

SRR merupakan instrumen untuk menguruskan mudah tunai dan bukan menandakan pendirian dasar monetari.

Kadar Dasar Semalaman (OPR) adalah satu-satunya penunjuk yang digunakan untuk memberikan isyarat mengenai pendirian dasar monetari dan diumumkan melalui Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari. – MalaysiaGazette