KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menegaskan, sebuah poster berbentuk amaran yang meminta agar orang ramai tidak menggunakan hashtag #SiBodohKauDengarSini menerusi laman Twitter, bukan dikeluarkan olehnya.
Sebaliknya, poster berkenaan yang tular di media sosial mengandungi fakta kesalahan yang direka-reka meliputi aspek hukuman dan akta yang digunakan ke atas mereka yang melanggar amaran berkenaan.
SKMM berkata, pihaknya akan terus mengambil langkah-langkah wajar bagi membendung penyebaran maklumat tidak sahih. – MalaysiaGazette