
KUALA LUMPUR – Talian hotline Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 1800-88-2747 telah kembali beroperasi hari ini selepas ditutup sementara sejak Isnin lepas.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkata, talian berkenaan beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang.
Pendaftaran BPR dibuka pada 15 Januari lalu hingga 15 Februari ini. – MalaysiaGazette