Home Ekonomi Hati-hati akaun palsu Mavcom

Hati-hati akaun palsu Mavcom

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) memandang serius dan memberikan peringatan terdapat beberapa akaun media sosial palsu yang telah dikenalpasti menggunakan nama suruhanjaya, logo dan pautan URL Mavcom tanpa kebenaran.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) memandang serius dan memberikan peringatan terdapat beberapa akaun media sosial palsu yang telah dikenalpasti menggunakan nama suruhanjaya, logo dan pautan URL Mavcom tanpa kebenaran.

Mavcom berkata, akaun-akaun media sosial palsu yang dikesan kini telah digantung secara kekal selepas laporan dibuat.

“Pihak suruhanjaya ingin memberi amaran dan mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada terhadap akaun media sosial palsu yang dicipta oleh individu dan pihak yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan memperdayakan orang ramai,” katanya.

Orang ramai diseru agar tidak berkomunikasi atau berkongsi maklumat dengan mana-mana akaun media sosial palsu yang diwujudkan dengan tujuan berniat jahat.

Suruhanjaya berhak dan akan mengambil tindakan undang-undang sewajarnya sekiranya pemalsuan dan penyamaran sebagai Mavcom atau sebarang kegiatan penipuan media sosial melibatkannya.

Akaun media sosial dan laman web rasmi Suruhanjaya adalah seperti berikut:

Instagram: https://www.instagram.com/flysmartmy/
Facebook: https://www.facebook.com/FlySmartMy/
Laman web MAVCOM: https://www.mavcom.my/
Laman web FlySmart: https://flysmart.my/

Mavcom tidak memiliki akaun media sosial di mana-mana platfom selain daripada akaun FlySmart yang disenaraikan di atas. FlySmart adalah inisiatif Mavcom memperjuangkan hak pengguna dalam sektor penerbangan.

Sila laporkan sebarang aktiviti media sosial yang mencurigakan yang berkaitan dengan MAVCOM kepada [email protected].  – MalaysiaGazette