WASHINGTON DC – Bekas Senator dan Naib Presiden, Joe Biden hari ini mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang ke-46
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agong AS, John G. Roberts di Capitol Hill, Washington, DC.
Pada usia 78 tahun, Biden merupakan individu tertua memegang tampuk pemerintahan AS, mengatasi Presiden Donald Trump yang berusia 70 tahun ketika mula menjadi Presiden.
Majlis angkat sumpah dihadiri pemimpin utama parti Republican termasuk Naib Presiden, Mike Pence namun Trump tidak hadir.
Terdahulu, Kamala Harris mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden.
Beliau yang merupakan wanita pertama memegang jawatan tersebut mengangkat sumpah di hadapan Hakim Mahkamah Agung, Sonia Sotomayor
Sotomayor adalah individu berketurunan Latin Amerika pertama memegang jawatan itu. – MalaysiaGazette