LONDON – Manchester City kehilangan khidmat dua pemain sensasinya, Sergio Aguero dan Kevin De Bruyne menjelang perlawanan penting dalam bersaing menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL).
Aguero disahkan dijangkiti virus Covid-19 selepas mengalami beberapa gejala dan perlu menjalani kuarantin di rumah.
“Selepas mempunyai kontak rapat, saya telah mengasingkan diri dan ujian terbaharu mengesahkan saya positif untuk Covid-19.
“Saya mengalami beberapa gejala dan saya mengikuti arahan doktor untuk pemulihan. Berjaga-jaga, semuanya,” katanya.
Berita terbaharu itu merupakan tamparan hebat buat Aguero kerana dia baru sahaja pulih daripada kecederaan lututnya.
Aguero sebelum ini berehat panjang kerana kecederaan tersebut.
Penyerang antarabangsa itu bakal terlepas aksi berdepan dengan Chetelnham pada saingan Piala FA dan berdepan West Brom dalam EPL.
City kini berkelebihan dengan baki satu perlawanan dan sekiranya mencatat kemenangan kelab itu akan melonjak ke puncak liga.
Sementara itu, City juga meratapi senarai kecederaan terbaharu yang menimpa pemain serba-bolehnya, Kevin De Bruyne.
Pemain tersebut dilaporkan mengalami kecederaan hamstring dan dijangka berehat dua hingga tiga minggu.
De Bruyne menjawat watak penting untuk skuad kendalian Peps Guardiola musim ini keana dia bukan sahaja pemain yang sarat dengan kualiti teknikal namun memiliki mentaliti berpasukan yang tinggi. – MalaysiaGazette