KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$107.8 bilion pada 15 Januari 2021, naik berbanding AS$107.6 bilion pada 31 Disember 2020.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 8.7 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek. – MalaysiaGazette