Home Nasional Bomba temui mayat mangsa lemas di Pantai Dalam

Bomba temui mayat mangsa lemas di Pantai Dalam

KUALA LUMPUR – Jabatan Bomba dan Penyelamat menemui mayat seorang lelaki yang dimas di laluan sungai berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam di sini hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (BK) II, Ramli Mohamad berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.24 tengahari tadi.

Berikutan itu, tambah beliau, pihaknya telah mengerahkan jentera jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan unit Perkhidmatan Penyelamatan dan Perawatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan sembilan orang anggota.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian menurut orang awam, seorang mangsa telah hanyut dibawa arus.

“Tindakan anggota Bomba membuat kerja-kerja mencari dan
menyelamat mangsa di sekitar laluan sungai,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Ramli, mangsa yang merupakan seorang lelaki India dan operasi ditamatkan pada jam 1.57 tengahari.

Ujarnya, mayat lelaki itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis. – MalaysiaGazette