KUALA LUMPUR – Jawatankuasa khas perlu ditubuhkan bagi menangani isu berbangkit berhubung pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
Timbalan Pengerusi Lajnah Pendidikan Pas Pusat, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, cadangan itu wajar untuk dilaksanakan apabila pelbagai isu membabitkan PdPR berbangkit sejak sesi persekolahan bermula 20 Januari yang lalu.
“Inilah antara corak pendidikan era pandemik Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Fakhruddin berkata, meskipun PdPR merupakan kaedah norma baharu yang perlu dilaksanakan dalam waktu kerajaan berusaha untuk mengawal penularan Covid-19 ini namun harus diingati bahawa keberkesanannya juga perlu diutamakan.
Namun begitu, ujarnya hakikat yang berlaku pada hari ini adalah kekangan kepada para ibu bapa dan sesetengah pihak sekolah yang tidak mempunyai alat peranti dan kemudahan fasiliti yang mencukupi.
“Keadaan ini terjadi apabila para pelajar tidak dapat mengakses kandungan pelajaran tepat pada masa dan jadual ketika sesi pembelajaran itu berlangsung.
“Hal ini sedikit sebanyak membantut minat para pelajar untuk menekuni pelajaran serta melambatkan perjalanan silibus pengajian,”tambahnya.
Mengulas lanjut beliau berkata, dalam waktu ini bukan hanya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) malah kementerian lain juga seperti Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) juga perlu turut serta berganding bahu mencari jalan penyelesaian.
Ia perlu supaya isu berbangkit mengenai PdPR tidak berlanjutan sehingga akhirnya memberikan gambaran negatif ke atas sistem pendidikan negara.-MalaysiaGazette
Podahhh.. Nmpk sngt korang x reti buat kerja… Sblom ni korang x terlibat ke.. Ke mkn gji buta… Ingtkn boleh harap kt Pas.. Rupanya lagi haprak.. Dok dlm Parlinen jdi kayu