KUALA LUMPUR – Dakwaan seorang wanita yang tidak berpuashati kerana dikenakan kompaun walaupun berseorangan tidak benar.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, wanita berusia 29 tahun yang juga pengusaha kafe ditahan di Jalan Pusat Komersil Yayasan, Yayasan 3, Segamat dekat sini pada 20 Januari lalu.
“Siasatan mendapati semasa kejadian ramai pengunjung lalu lalang mengunjugi kedai tersebut. Selain itu juga ada bersama individu ini seorang lagi wnaita Melayu yang bekerja di kafe tersebut tetapi memakai pelitup muka,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini mengulas satu video tular yang tidak berpuashati dirinya disaman polis.
Terdahulu, menurut Ayob, wanita yang sama mendakwa ketika dikompaun kawasannya tidak ada orang dan tidak berlaku kesesakan adalah tidak benar.
“Tindakan individu ini yang tidak memakai pelitup muka boleh menimbulkan kegusaran kepada orang awam lain yang berada di kawasan tersebut,” ujarnya.
Individu berkenaan telah dikenakan kompaun oleh jawatankuasa khas pematuhan SOP Covid-19 di Ibu Pejabat Polis Segamat.
Polis Johor, kata Ayob memandang serius perkara itu dan tidak akan berkompromi terhadap pesalah yang ingkar SOP.- MalaysiaGazette
tetapi cctv tak nampak pun cuma nampak anggota polis saja..
Sehingga menimbulkan keraguan…Kadang2 ada yg tidak kena