Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) hari ini menerima sumbangan dalam bentuk barangan keperluan bernilai lebih RM425,000 dari dua syarikat korporat bagi Misi Bantuan Kemanusiaan Krisis Covid-19 Mapim Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mapim, (Dr.) Ahmad Sani Araby Al-Kahery, pihaknya amat berbesar hati dan terharu dengan sumbangan yang disampaikan oleh syarikat-syarikat berkenaan terutamanya ketika negara sedang berdepan dengan penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.