Home Pendapat Penggunaan vape semakin membimbangkan

Penggunaan vape semakin membimbangkan

Pewartaan itu bertujuan bagi memastikan peranti rokok elektronik yang dihasilkan mahu pun diimport mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan dalam perintah tersebut.- Gambar hiasan.

PENGGUNAAN vape seperti tabiat merokok difatwakan haram di Malaysia dan semua negeri telah juga membuat keputusan yang sama. Bagaimanapun penggunaan vape dan e-rokok (rokok elektronik) semakin meluas khususnya di kalangan ramaja dan juga kanak-kanak sekolah rendah seperti penemuan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Kajian Tobacco & E-Cigarette Survey Among Malaysian Adolescents (TECMA) 2016 mendapati seramai 9.1% remaja adalah perokok vape dan 19.1% pernah menggunakan. Apakah keadaan ini tidak membimbangkan kita?

http://www.iku.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/TECMA2016/TabaccoandECigarette.pdf

Prevalen merokok di kalangan dewasa adalah 21.3% (NHMS 2019) dan di kalangan,

  • penduduk luar bandar                24.9%
  • penduduk di bandar                  19.6%

Tabiat merokok juga tinggi berdasarkan kurangnya tahap pendidikan:

  • pendidikan sekolah rendah        24.3%,
  • sekolah menengah                    24.6% dan
  • universiti                                  13.0%

Dari segi pekerjaan, prevalen merokok di kalangan,

  • bekerja sendiri                          33.7%,
  • pekerja swasta                          30.1% dan
  • kakitangan awam                      18.2%.

http://www.iku.gov.my/images/IKU/Document/REPORT/NHMS2019/Report_NHMS2019-NCD_v2.pdf

Tindakan terhadap tabiat merokok telah dimulakan sejak kurun 19 atas dasar kelakuan negatif masyarakat tetapi telah ditentang secara sistematik oleh syarikat-syarikat tembakau yang untung besar dari jualan rokok. Syarikat rokoklah yang berjaya membayar dividen kepada pelaburpuluhan peratusan tanpa gagal. Tarikan untung besar telah mengongkong ahli-ahli politik yang menerima dana industri tembakau yang bertindak merombak kawalan-kawalan yang telahpun menjadi undang-undang.

Ini hanya dapat disekat dengan laporan kajian perubatan oleh Surgeon General Amerika Syarikat pada 1964 yang telah mendedahkan asap rokok menyebabkan kanser paru-paru dan pelbagai penyakit kronik saluran pernafasan. Sejak itu bukti saintifik kajian-kajian terus perkukuhkan mudarat kesihatan ke atas seluruh anggota badan termasuk perubahan genetik yang mempengaruhi janin dalam kandungan ibu serta kesan asap basi (second-hand smoke) ke atas sesiapa yang terdedah kepada asap rokok. Kini kajian membuktikan third-hand smoke yakni bahan pemendapan asap rokok pada lantai, perabut di ruangan dalaman (indoor) juga memudaratkan kesihatan penghuni tempat berkenaan.

Dengan kesedaran terhadap risiko kesihatan yang jelas dan semakin parah dengan pendedahan berterusan pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (W.H.O.) setelah berunding hampir 20 tahun dan merumuskan Rangkakerja Konvensyen Kawalan Tembakau (FCTC) dan diluluskan Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu pada 2004 dan ia menjadi satu-satu perjanjian antarabangsa kesihatan yang mengikat negara pihak (party) untuk memastikan melindungi penduduknya dari terdedah kepada asap rokok.

Setelah Amerika Syarikat dan negara-negara Europah perketatkan kawalan terhadap industri tembakau, industri tembakau telah mengalih sasaran kepada negara-negara membangun dengan pelbagai cara dan helah untuk mempengaruhi kerajaan melariskan pasaran mereka. Dengan peningkatan kesedaran terhadap bahaya asap rokok kini syarikat-syarikat rokok telahpun mengawal hampir keseluruhan pengeluaran peranti vape dan e-rokok sebagai kesimabungan pasaran mereka.

Ini juga dengan memperalatkan konsep “pengurangan mudarat” (harm reduction) sebagai satu helah memperdayakan pengguna, media dan juga pembuat dasar kononnya taktik “pengurangan mudarat” adalah satu cara komersial yang jujur. Apakah mereka yang ketagih dengan keuntungan besar inginkan pengguna mereka berhenti menggunakannya? Agenda industri kini dijalankan oleh pengusaha kedai-kedai vape dengan premis jualan mewah dan acara-acara promosi yang canggih dan cool mensasarkan pelanggan muda dan remaja.

Malaysia sebagai negara pihak kepada FCTC wajib melaksanakan langkah-langkah kawalan tembakau. Persidangan Negara-negara pihak (Conference of parties, COP) FCTC bersidang pada 7–12 November 2016 telah memutuskan bahawa,

  • mencegah permulaan ENDS/ ENNDS oleh bukan perokok dan remaja dengan perhatian khusus kepada kumpulan rentan (vulnerable). Walaupun perbahasan mengenai apakah penggunaan ENDS / ENNDS adalah jalan masuk ke tabiat merokok tidak dapat diselesaikan, mencegah kemungkinan ini memerlukan permulaan dan ketagihan merokok yang sukar untuk berhenti. Negara-negara yang tidak melarang pengimportan, penjualan, dan pengedaran ENDSS / ENNDS boleh mempertimbangkan pilihan berikut:
  1. Melarang penjualan dan pengedaran ENDS/ ENNDS kepada anak di bawah umur;
  2. Mengharamkan pemilikan ENDS / ENNDS oleh kanak-kanak bawah umur;
  3. Melarang atau menyekat iklan, promosi dan penajaan ENDS / ENNDS;
  4. Mencukai ENDS / ENNDS pada tahap yang menjadikan peranti dan e-cecair tidak terjangkau oleh kanak-kanak bawah umur untuk mengelakkan penggunaannya pada kumpulan usia inivii. Selari, produk tembakau yang mudah terbakar seharusnya dikenakan cukai pada tahap yang lebih tinggi daripada ENDS / ENNDS untuk menghalang permulaan dan mengurangkan regresi ke merokok;
  5. Melarang atau menyekat penggunaan perisa yang menarik bagi kanak-kanak bawah umur;
  6. Mengatur tempat, kepadatan dan saluran penjualan; dan
  7. Mengambil langkah untuk memerangi perdagangan haram ENDS / ENNDS
  • meminimumkan seboleh mungkin potensi risiko kesihatan kepada pengguna ENDS / ENNDS dan melindungi bukan pengguna dari pendedahan kepada pelepasannya.
  1. Pihak yang tidak melarang pengimportan, penjualan, dan pengedaran ENDSS / ENNDS boleh pertimbangkan pilihan berikut untuk meminimumkan risiko kesihatan bagi pengguna:
  2. Menguji perisa yang dipanaskan dan dihirup yang digunakan dalam e-cecair untuk keselamatan, dan melarang atau menghadkan kuantiti yang menjadi perhatian toksikologi serius seperti diasetil, asetil propionil, cinnamaldehydes atau benzaldehyde;
  3. Memerlukan penggunaan bahan-bahan yang tidak membahayakan kesihatan dan, jika dibenarkan, dari ketulinan tertinggi;

iii. Mengatur piawaian keselamatan elektrik dan kebakaran peranti ENDSS / ENNDS;

  1. Mengatur keperluan pengeluar untuk mendedahkan kandungan produk;
  2. Mengatur pelabelan peranti dan e-cecair yang sesuai;
  3. Mewajibkan pengeluar untuk memantau dan melaporkan kesan mudarat; dan

vii. Menyediakan penghapusan produk yang tidak mematuhi peraturan.

  1. Pihak yang tidak melarang pengimportan, penjualan, dan pengedaran ENDSS / ENNDS boleh pertimbangkan pilihan berikut untuk meminimumkan risiko kesihatan bagi bukan pengguna:
  2. Melarang oleh undang-undang penggunaan ENDS / ENNDS di ruang dalaman atau sekurang-kurangnya di tempat-tempat merokok tidak dibenarkan;
  3. Memerlukan amaran kesihatan mengenai potensi risiko kesihatan yang timbul dari penggunaannya. Kesihatan amaran juga dapat memberi maklumat kepada orang ramai mengenai sifat nikotin yang menyebabkan ketagihan dalam ENDS; dan

iii. Mengurangkan risiko keracunan nikotin akut dengan a) bungkusan kebocoran tidak sengaja (tamper proof) dengan e-cecair dan b) menghadkan kepekatan nikotin dan jumlah kuantiti nikotin dalam peranti dan e-cecair.

  • pencegahan tuntutan kesihatan yang tidak terbukti dibuat mengenai ENDS / ENNDS. Pihak yang belum melarang pengimportan, penjualan, dan pengedaran ENDSS / ENNDS boleh mempertimbangkan perkara pilihan berikut:
  1. Melarang tuntutan tersirat atau nyata mengenai keberkesanan ENDS / ENNDS sebagai alat bantuan berhenti merokok melainkan agensi kerajaan khusus telah meluluskannya;
  2. Melarang tuntutan tersirat atau nyata bahawa ENDS / ENNDS tidak berbahaya atau ENDS itu tidak membawa ketagihan; dan
  3. Melarang tuntutan tersirat atau nyata mengenai keselamatan perbandingan atau ketagihan ENDS / ENNDS berkenaan dengan mana-mana produk melainkan produk tersebut telah diluluskan oleh agensi kawalselia.
  • melindungi aktiviti kawalan tembakau dari semua kepentingan komersial dan lain-lain berkaitan dengan ENDS / ENNDS, termasuk kepentingan industri tembakau. Negara pihak, termasuk yang telah melarang pengimportan, penjualan, dan pengedaran ENDSS / ENNDS, boleh mempertimbangkan pilihan berikut:
  1. Meningkatkan kesedaran mengenai kemungkinan gangguan industri terhadap polisi kawalan tembakau negara pihak;
  2. Menetapkan langkah-langkah untuk membatasi interaksi dengan industri dan untuk memastikan ketelusan dalam interaksi yang berlaku;
  3. Menolak perkongsian dengan industri;
  4. Mengambil langkah-langkah untuk mencegah konflik kepentingan bagi pegawai awam dan pegawai kerajaan;
  5. Meminta maklumat yang diberikan oleh industri telus dan tepat;
  6. Melarang aktiviti yang digambarkan sebagai “bertanggungjawab sosial” oleh industri tembakau, termasuk tetapi tidak terhad kepada aktiviti yang digambarkan sebagai “tanggungjawab sosial korporat”;
  7. Menolak untuk memberi layanan istimewa kepada industri tembakau; dan
  8. Melayan industri milik negara dengan cara yang sama seperti industri lain.

Maka adalah kewajipan ke atas kita semua untuk menjamin generasi akan datang tidak menanggung gejala kesihatan pada usia awal yang mengekang pertumbuhan fizikal, perkembangan mental dan juga jati diri sebagai manusia yang berguna kepada negara dan masyarakat.

Tatkala dunia bergerak ke arah ekonomi hijau dan mampan, pentadbiran negara harus bertindak secara bertanggungjawap dengan tidak menggadaikan masa depan dengan menunduk kepada pengaruh dan pelobi industri tembakau.

Muhammad Sha’ani Abdullah
Penyelaras, Kawalan Tembakau/ Inisiatif @SmokeFreeMY
Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)

1 Komen

  1. Kerajaan Isle Pas x kata apa ko jgn memandai2.. Kahkah
    Pas ni ketika x berkuasa apa isu semua di highlight nya.. Cer tngok sekarang.. masing2 dpt jwatan pbgkat harta hbuan donia.. Pejam mata
    Akhir zamannnnnn

Comments are closed.