KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mencadangkan agar tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan selama empat minggu.
Katanya, pelaksanaan PKP sepanjang tempoh tersebut dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mampu untuk menurunkan kes kepada dua angka pada Mei depan
“Sekiranya pelaksaaan PKP selama empat minggu dan PKPB semula mungkin kita akan capai dua angka pada Mei depan,” katanya dalam sesi taklimat media berkaitan Darurat Covid-19 di Kementerian Kesihatan, hari ini.
PKP 2.0 dilaksanakan di semua negeri kecuali Sarawak sehingga 4 Februari ini.
Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette