Home Nasional Wanita asing terlibat kegiatan judi online dicekup

Wanita asing terlibat kegiatan judi online dicekup

police cartel EAIC senior judge sexual harassment police PDRM Brunei Investment Agency Ponzi scheme scam domestic violence abuse victim wild party Kajang police station OCS
Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga asing yang menawarkan perkhidmatan menambah nilai kredit untuk kegiatan judi dalam talian akhirnya terperangkap di tangan polis.

Ketua Polis Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, wanita itu ditangkap semalam di kawasan perumahan Pandan Mewah di Ampang.

Katanya, pasukan polis dari Balai Polis Pandan Indah diketuai Inspektor Mohd Nassrul Safre Mohd Nasir dan Asisten Superintendan Basiron Ab Karim terlibat dalam risikan dan pemerhatian di kawasan perumahan itu bertindak atas maklumat awam.

“Hasil pemerhatian seorang wanita warga asing sedang menjalankan kegiatan tambah nilai kredit bagi tujuan perjudian dalam talian.

“Pihak polis kemudiannya telah buat tangkapan ke atas wanita asing itu dan berjaya merampas telefon bimbit, buku catitan dan wang tunai hasil dari kegiatan tersebut untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pagi ini.

Tambah Mohamad Farouk, wanita itu kini direman polis untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan juga Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti perjudian atas talian, bolehlah menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak polis,” tegas beliau. – MalaysiaGazette