![china](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/04/china-640x360.jpg)
BEIJING – China merekodkan penurunan jumlah jangkitan Covid-19 selepas angka kes di dua wilayah yang sangat teruk dilanda gelombang koronavirus itu jatuh kepada satu digit.
Sebanyak 82 kes Covid-19 dilaporkan di China semalam berbanding 124 kes pada hari sebelumnya, kata Suruhanjaya Kesihatan Nasional dalam satu kenyataan.
Wilayah Heilongjiang melaporkan 53 kes baharu.
Tetapi Jilin dan Hebei – dua wilayah China timur laut menyaksikan kenaikan kes dalam beberapa minggu terakhir – masing-masing melaporkan tujuh dan lima kes baharu.
Pihak berkuasa di China telah melancarkan semula langkah agresif bagi termasuk kuarantin rumah, pengurangan perjalanan dan ujian saringan besar-besaran dalam usaha mengekang gelombang Covid-19 di negara ini sejak Mac tahun lalu.
Peningkatan jumlah kes turut membimbangkan menjelang cuti Tahun Baru Cina apabila ratusan juta perjalanan, memaksa pihak berkuasa mengambil langkah-langkah keselamatan.
Sebilangan besar kes baru dikesan di Jilin, Heilongjiang dan Hebei, yang mengelilingi Beijing.
Ketiga-tiga wilayah telah menjalani langkah-langkah paling ketat di China sehingga hari ini.
China merekodkan sebanyak 89,197 kes dengan jumlah kematian 4,636. – MalaysiaGazette