MGNews : Kedai Makin Kurang, Orang Harap ‘Online’ Sekarang – Peniaga

Pusat beli-belah pemborong utama di negeri ini yang dahulu meriah, kini semakin kelihatan sunyi daripada kunjungan orang ramai berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang memasuki minggu ketiga pada hari ini.

Tinjauan Malaysia Gazette di pusat beli-belah Kenanga Fashion Wholesale (KWC) di Jalan Gelugor mendapati pengunjung semakin berkurangan yang boleh dianggarkan hampir 90 peratus walaupun terdapat sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi ketika PKP 2.0.

Malah, bagi sesetengah pengusaha, masih ada yang mengadu tersepit kerana diminta membuat bayaran penuh atau diberikan hanya sedikit pemotongan sewa premis mereka. Seorang pembantu kedai jamu, Maria Jamil, 27, berkata, atas faktor pengunjung yang semakin berkurangan ini, kedainya terpaksa meminta pemilik kedai mengurangkan bayaran sewa.