KUALA LUMPUR – Presiden UMNO tak pernah dijatuhkan dengan kain rentang.
Apa yang berlaku, kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Shabery Cheek adalah kerja orang luar yang membaling batu sembunyi tangan.
“Pastinya ia lebih menyatukan UMNO,” katanya dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.
Ia dipercayai merujuk kepada adanya kain rentang di beberapa tempat termasuk Seremban yang mahu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melepaskan jawatan di dalam parti ekoran kemelut politik.
Dalam pada itu, Shabery berkata, dalam banyak-banyak parti, UMNO paling banyak bertukar kepimpinan.
“Bukan semata-mata kerana usianya yang panjang tetapi kerana ia parti paling dinamik. Kalau perlu berubah, ia ada kaedah tersendiri dengan adab tersendiri.
“Pas, DAP dan PKR tak banyak berubah dari segi kepimpinan. DAP dan PKR kata paling demokratik tetapi pemimpinnya hanya berlegar di kalangan anak beranak,” katanya.- MalaysiaGazette
Setuju dgn kata kata shabery. Pemimpin UMNO tak pernah jatuh akibat kain rentang. Banyak yg jatuh psl tak sedar diri ada kes mahkamah tp dok rasa ada sokongan rakyat Malaysia.
Walhal yg dok sokong cuma kaki ampu dlm UMNo yg sama kepala kejar duit dr kejar pahala bantu Melayu.
Dah puas menyamun ngan merompak duit rakyat, silalah duduk diam2 kat rumah dan fokus perbicaraan masing2.
Bagilah Tok Mat buat CPR kat UMNO…Insya Allah ok punya
Pemimpin UMNO hanya tau sebut “suara akar umbi “ tetapi gagal menyelami “denyut nadi nya. Mereka hanya duduk dikelilingi pengampu2 dengan mengeluarkan statemen2 yg boleh memberi “ income” kpd mereka.
Jika nak tau betapa meluatnya akar umbi kpd pemimpin2 mereka tengok saja kepada peebuatan dan tingkah lakunya. Taraf pemimpin tidal akan membuat kerja2 menaikkan sepanduk utk meminta pemimpin nya letak atau mengedar whatsapp memburukkan pemimpinnya maupun memaki hamun di media sosial – itu adalah perkerjaan “orang2 bawa” atau dlm lain perkataan …….itu lah denyut nadi rakyat yg sebenatnya.
Tak kan itu pun tak faham……