Home Nasional Suspek bawa motosikal curi guna nombor pendaftaran palsu dicekup

Suspek bawa motosikal curi guna nombor pendaftaran palsu dicekup

Pemandu kereta yang memandu melawan arus sehingga menyebabkan kecederaan dua penunggang motosikal di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) semalam rupa-rupanya dalam keadaan mabuk.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seorang remaja yang menggunakan nombor pendaftaran milik kereta mewah untuk motosikal yang dicurinya ditahan polis.

Kegiatan suspek warga tempatan itu terbongkar setelah dia ditahan dan diperiksa oleh anggota polis peronda dalam sekatan jalan oleh polis.

Kejadian berlaku pada semalam di Pandan Indah, Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, Unit Penguatkuasa dari Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Ampang Jaya yang terlibat dalam operasi penguarkuasaan trafik di Jalan Pandan Indah semalam menahan suspek pada jam 8 pagi.

“Selepas memeriksa motorsikal suspek jenis Yamaha 125Z yang ditunggang oleh seorang remaja lelaki berbangsa Melayu dalam keadaan yang mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan ke atas nombor pendaftaran motosikal yang ditunggangi suspek menggunakan sistem MCop mendapati motorsikal tersebut telah menggunakan nombor pendaftaran yang didaftarkan ke atas sebuah kereta jenis Toyota Wish,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, semakan lanjut terhadap no casis motorsikal tersebut mendapati kenderaan terbabit masih lagi dilaporkan hilang bersabit laporan polis di Nilai bertarikh 18 Julai 2017.

“Remaja lelaki tersebut berjaya ditahan di lokasi sekatan jalan raya tersebut oleh pasukan kami.

Suspek ditangkap di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan telah diserahkan bersama motorsikal curi itu kepada pegawai penyiasat kes untuk tindakan lanjut,” tegas beliau.-MalaysiaGazette