![MGF130820_ANUGERAH CEMERLANG IMIGRESEN (13)](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/11/MGF130820_ANUGERAH-CEMERLANG-IMIGRESEN-13-640x427.jpg)
KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dibenarkan keluar dari hospital pada Ahad lepas setelah disahkan pulih sepenuhnya daripada COVID-19.
Setiausaha Akhbar beliau, Zulkifli Bujang yang mengesahkan perkara itu kepada Bernama berkata Hamzah juga berada dalam keadaan baik.
Hamzah disahkan positif COVID-19 pada 12 Jan lalu dan menjalani rawatan serta kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
— BERNAMA