Home Dunia Kes kematian Covid-19 di Britain melepasi 100,000 orang

Kes kematian Covid-19 di Britain melepasi 100,000 orang

Kakitangan perubatan menolak seorang pesakit Covid-19 keluar dari ambulans di Royal London Hospital. foto Reuters

LONDON – Angka kematian akibat Covid-19 di Britain melepasi 100,000 orang ketika kerajaan sedang bergelut untuk menyegerakan program vaksinasi dan mengekang penularan varian baharu.

Semakin banyak kematian direkodkan sebelum program vaksin dimulakan, kata ketua perubatan di England/

Britain adalah negara kelima tertinggi merekodkan kes jangkitan Covid-19.

Setakat hari Selasa sebanyak 1,631 kes kematian direkodkan dan 20,089 kes jangkitan.

Jumlah kematian yang direkodkan dalam Covid-19 melepasi jumlah orang awam yang maut dalam Perang Dunia Kedua, malah dua kali ganda yang terbunuh dalam pengeboman Blitz pada tahun 1940/41.

“Sukar untuk membendung kesedihan dalam statistik yang mengerikan itu, tahun yang menyaksikan kehilangan nyawa, perjumpaan keluarga tidak dihadiri dan banyak keluarga kehilangan peluang, bahkan untuk mengucapkan selamat tinggal,” kata Perdana Menteri Boris Johnson.

England, setakat ini merupakan negara terpadat dari empat negara di Britain, melaksanakan semula sekatan pergerakan pada 5 Januari lalu dengan penutupan pub, restoran, kedai yang bukan keperluan dan sekolah.

Malah, peraturan baharu pengembaraan turut diperkenalkan.

Pada bulan Disember, Britain menjadi negara pertama di dunia yang meluluskan vaksin Pfizer Covid-19 dengan menetapkan vaksinasi kepada semua orang berusia 70 tahun ke atas, mereka yang rentan secara klinikal, pekerja kesihatan dan sosial garis depan dan golongan tua di rumah jagaan pada pertengahan Februari.

Hingga Isnin, sejumlah 6,853, 327 orang telah menerima dos pertama dan 472, 446 dos kedua. – MalaysiaGazette