Home Sukan Lepas belasah West Brom, City melonjak ke tangga teratas EPL

Lepas belasah West Brom, City melonjak ke tangga teratas EPL

Pemain-pemain Manchester City meraikan kemenangan selepas berjaya menewaskan Wecst Brom dalam perlawanan EPL hari ini

WEST BROMWICH – Selepas berjaya membelasah West Brom 5-0 akhirnya Manchester City Manchester City melonjak ke tangga teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk mengekalkan kemenangan berturut-turut kepada 11 perlawanan.

Ilkay Gundogan meledak dua gol, manakala Joao Cancelo, Riyad Mahrez dan Raheem Sterling turut mencetak nama sebagai penjaring untuk membantu mengatasi seteru setempat, Manchester United dengan kelebihan satu mata.

Arsenal pula membalas dendam ke atas penyingkiran mereka di Piala FA dengan mengalahkan Southampton 3-1 dalam satu lagi aksi EPL.

Sebelum ini pasukan bimbingan Mikel Arteta itu yang juga penyandang kejuaraan Piala FA tersingkir di pusingan keempat Piala FA selepas kalah 0-1 di St Mary.

Lain-lain keputusan menyaksikan Leeds United berjaya menjinakkan tuan rumah, Newcastle United selepas mencatat kemenangan tipis 1-2.

West Ham United pula perlu berterima kasih kepada Tomas Soucek yang menyumbang dua gol ketika mengalakan Crystal Palace 3-2. – MalaysiaGazette