KUALA LUMPUR – Penerima Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) yang masih belum menerima bayaran masing-masing diminta bersabar.
Ini kerana, agihan dana fasa kedua BPN 2.0 melibatkan satu jumlah yang besar sebanyak RM2.38 bilion dan memerlukan sekurang-kurangnya seminggu untuk dikreditkan sepenuhnya kepada semua penerima.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, dari 21 hingga 24 Januari lalu sebanyak 6.4 juta akaun telah dikreditkan.
Manakala 3.8 juta akaun sedang atau akan dikreditkan dari tempoh 25 hingga 29 Januari.
Sementara kira-kira 750,000 penerima B40 dan M40 yang tiada akaun bank boleh membuat tuntutan tunai masing-masing di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 25 Januari lalu.
”Kerajaan berharap bantuan yang dipercepatkan ini sedikit sebanyak dapat membantu aliran tunai 11.06 juta penerima bujang dan isi rumah di saat PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) ini,” katanya ketika taklimat Pelaksanaan Inisiatif Belanjawan 2021, Permai, Kita Prihatin, Penjana dan Prihatin hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata, fasa pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dipercepatkan daripada bulan Mei kepada hujung bulan Februari.
Menurutnya, proses permohonan baru BPR sudah dibuka sehingga 15 Februari melalui pautan https://bpr.hasil.gov.my.
”Diharapkan bantuan ini dapat memanfaatkan lebih 8 juta penerima B40 yang lulus di bawah BPN 2.0 dan Bantuan
Sara Hidup 2020 (BSH 2020) serta mereka yang lulus permohonan baharu nanti,” katanya. – MalaysiaGazette
Sampai bila nak sabar.. poket pon dah kering