SHAH ALAM – Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan meninggal dunia malam tadi ketika menjalani kuarantin di rumah selepas didapati positif COVID-19.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata anggota polis berusia 53 tahun itu meninggal dunia pada 9 malam.
“Allahyarham adalah Pengawal Pengiring (Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam) IPD Klang Selatan dan saya sahkan beliau sedang menjalani kuarantin akibat positif COVID-19 bermula 23 Jan hingga 1 Feb.
“Sama ada kematiannya akibat COVID-19, saya tidak boleh sahkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.- BERNAMA