Home MGNews MGNews : Pelepasan Cukai Berbaloi Untuk Kami Beli Laptop

MGNews : Pelepasan Cukai Berbaloi Untuk Kami Beli Laptop

Pengumuman kerajaan untuk melanjutkan pelepasan cukai khas ke atas pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet sehingga 31 Disember ini ternyata mendapat reaksi positif dalam kalangan rakyat Malaysia.

Tinjauan MalaysiaGazette semalam mendapati orang ramai terutamanya ibu bapa mengambil kesempatan cuti Thaipusam untuk membeli komputer riba yang kini menjadi salah satu platform pembelajaran dalam talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).