KUALA LUMPUR – “Tak sangka saya juga dipersalahkan sebab kes Covid baru cecah 5,000 sehari semalam. Kononnya sebab saya tak nasihat kerajaan.”
Itu kata bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya, yang beri amaran bahawa kuarantin rumah bagi pelawat asing akan cetus gelombang baru Covid, Najib.
Yang tak setuju DUN Sabah dibubar dan PRN dilaksanakan, Najib. Yang bidas kerajaan kerana proses kuarantin bagi mereka pulang dari PRN (Pilihan Raya Negeri) Sabah lembab, Najib.
“Yang suruh kawal ketat dan sekat rentas negeri seluruh semenanjung Malayisa di peringkat awal selepas PRN Sabah pada ketika kerajaan suruh kita tenang dan dakwa keadaan masih terkawal, Najib.
“Yang kata tindakan kerajaan mansuhkan sekatan rentas negeri dan semakin melonggarkan SOP pada ketika Covid semakin naik adalah pendekatan yang gagal, Najib.
“Yang desak untuk naikkan semula tempoh kuarantin ke 14 hari (tapi tak dibuat kerajaan) dari 7 hingga 10 hari pada ketika mutasi UK semakin mengganas, Najib.
Yang suruh kerajaan ambil tindakan tegas pada masa kes Covid mencecah 100,000 (tapi juga tidak dibuat kerajaan), Najib. Yang dari awalnya berulang-kali suruh kerajaan laksanakan PKP dengan amat tegasnya tanpa kelonggaran bagi tempoh 2 minggu untuk tidak sia-siakan usaha Rakyat berkorban dalam PKP agar PKP tidak akan dilanjutkan berkali-kali, Najib juga,” katanya dalam media sosialnya hari ini.
Tapi akhirnya selepas PKP 2.0 separuh masak selama 17 hari masih gagal, menurutnya, kes baru cecah 5,700 kes dan jumlah kes melepasi 200,000, Najib juga yang salah sebab tidak menasihati kerajaan.- MalaysiaGazette