Home Ekonomi Niaga hadapan emas dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan

Niaga hadapan emas dijangka didagangkan lebih tinggi minggu depan

Pasaran niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan menurun kerana kurang minat pelabur. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pasaran niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi pada minggu depan berikutan permintaan yang lebih baik untuk logam berharga itu.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Jenn Yuan berkata pergerakan urus niaga emas akan tertumpu kepada pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bernilai US$1.9 trilion.

“(Ada) potensi untuk peningkatan inflasi, yang mungkin memihak kepada emas,” katanya kepada Bernama.

Untuk minggu yang baru berakhir, niaga hadapan emas tempatan tidak diniagakan dalam beberapa hari berikutan kekurangan permintaan.

Pasaran tempatan ditutup pada Khamis lepas sempena cuti Thaipusam.

Dari Jumaat ke Jumaat, niaga hadapan emas di Bursa Malaysia untuk Januari 2021 naik 79 mata kepada RM240.95 segram, manakala Februari 2021, Mac 2021 dan April 2021, masing-masing menokok 28 mata kepada RM235.00 segram.

Jumlah dagangan mingguan adalah sifar berbanding satu lot yang dicatatkan pada minggu lepas, manakala kepentingan terbuka kekal pada 15 kontrak.

Harga emas fizikal jatuh RM1.38 kepada RM232.71 segram daripada RM234.09 segram.

Pasaran akan ditutup pada 1 Feb, sempena Hari Wilayah Persekutuan dan akan disambung semula pada hari berikutnya.- BERNAMA

1 Komen

Comments are closed.