Walaupun positif dan menyambut baik inisitiaf kerajaan dalam melaksanakan pembaharuan semula ibu kota agar lebih menarik dan kondusif namun warga Wilayah Persekutuan masih lagi merintih.
Ini kerana keadaan pandemik Covid-19 yang semakin hari semakin ‘agresif’ dan tidak menunjukkan tren penurunan sehingga merencatkan kehidupan seharian serta semakin menderita.
Tinjauan MalaysiaGazette sekitar ibu kota hari ini mendapati rata-rata rakyat sekolah-oleh seperti terlupa esok adalah hari cukup bermakna berikutan sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.